msen

Pertemuan antara JTM dan FINAS bertempat di FINAS Petaling Jaya yang dihadiri oleh En. Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah JTM bersama Pn Junnaina binti Husin Chua dan Ketua Eksekutif FINAS, YBhg Datuk Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri. Perbincangan awal ini adalah untuk membincangkan program memartabatkan industri kreatif negara dengan merangka program pembangunan kemahiran berasaskan industri kreatif. Harapan JTM melalui pertemuan ini adalah untuk membantu pihak FINAS dalam melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir bagi pelbagai bidang kerjaya dalam industri kreatif untuk negara.

 

"?? ????????, ?? ?????????????, ?? ????? ????? ???? ????"

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures