msen

Amos (Asset Monitoring System)

Projek Amos (Asset Monitoring System) telah memenangi GOLD ARWARD SABAH CREATIVITY & INNOVATION TECHNOLOGY EXHIBITION 2019 (SCINTEX'19) pada 12 Semptember 2019 yang bertempat di ILP Kota Kinabalu, Sabah.

Amos 2.0 dibangunkan oleh ILP Sandakan untuk dua platfom iaitu aplikasi android dan web. Projek ini bangunkan untuk membantu dan memudahkan pegawai - pegawai pemeriksa aset kerajaan untuk membuat pemeriksaan aset di jabatan masing - masing. Melalui Amos 2.0 ini, akan menjana laporan pemeriksaan aset yang akan dihantar kepada ibu pejabat. Selain itu juga melalui Amos 2.0 setiap pegawai dan kakitangan akan mengetahui dengan mudah senarai - senarai aset yang berada dalam tanggungjawab mereka.

   

 

MyStaff (Sistem Pengurusan Sumber Manusia)

Projek MyStaff juga pernah memenangi Emas dalam Pameran Inovasi Dan Kreativiti Labuan (LIACE'19) yang bertempat di ILP Labuan pada 24 Oktober 2019. Mystaff juga pernah memenangi tempat ke-4 Pertandingan Hackaton 2019 yang di anjurkan oleh Mampu, Malaysia.

MyStaff dibangunan dalam dua platfom iaitu Android dan Web Aplikasi. MyStaff dibangunkan untuk memudahkan pengurusan kakitangan meninggalkan pejabat pada waktu bekerja, disamping itu juga melalui MyStaff ketua Jabatan boleh mengetahui bilangan staf yang sedang bertugas bagi setiap unit.

  

"PENERAJU DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR NEGARA"

Empowering Skills, Igniting Futures