Pengenalan

Teknologi Telekomunikasi adalah merupakan salah satu kursus yang di tawarkan di Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Kursus ini memberikan penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang telekomunikasi, terutamanya pemasangan dan penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi. Latihan yang dijalankan adalah meliputi latihan teori dan amali seperti:

a) Pendawaian Telefon
b) Fiber optic splicing, termination and installation
c) Asas Elektrik & Elektronik
d) Aplikasi Komputer
e) Pemasangan Rangkaian Telekomunikasi & Komputer
f) Pemasangan Antena
g) Radio Frequency System
h) Wireless Communication
i) Basic Microcontroller
j) Penglibatan diri di dalam pengurusan projek
k) Penyediaan dan mengemaskini dokumen projek

Objektif

1) Memudahkan pembelajaran di dalam bentuk teori dan amali bertepatan dengan sukatan latihan dengan penekanan dan corak disiplin latihan yang jitu.
2) Berusaha melahirkan pelajar yang berkualiti, berhemat, berwawasan, berdisiplin tinggi bersesuaian dengan kehendak dan keperluan negara.
3) Mengeluarkan tenaga kerja mahir bagi pihak industri dalam bidang telekomunikasi.
4) Membentuk kerjasama yang baik dengan pihak industri dan bidang kemahiran bagi meningkatkan kualiti.

Prospek Kerjaya

Program ini direka bentuk untuk menyediakan kemahiran teknikal asas seorang juruteknik telekomunikasi. Lulusan program ini boleh memilih samada untuk berkhidmat dengan Operator, pembekal atau kontraktor sebagai :

1) Pembantu / Juruteknik Telekomunikasi
2) Pembantu / Juruteknik Elektronik
3) Pembantu / Juruteknik Rangkaian
4) Pembantu / Juruteknik Komputer
5) Juruteknik Fiber Optic
6) Penilai Tapak Pemasangan
7) Usahawan

Bengkel TKT

Pegawai &Kakitangan

Muhammad Haziq
bin Hamzah

KETUA BAHAGIAN(TKT)

Isabella
Francis Xavier

PENSYARAH

Hisham
bin Hasan

PENSYARAH

Mohd Hafizul
bin Ibrahim Apani

PENSYARAH