Pada 20 Januari 2010 (Rabu), ILP Sandakan telah mengadakan Review Pengurusan yang pertama bagi tahun ini dan buat pertama kalinya diadakan di luar ILP Sandakan iaitu di Bilik Seminar, Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok kira-kira 15 kilometer dari bandar Sandakan. Semua pegawai dan kakitangan telah berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran seawal jam 7.30 pagi sebelum bertolak ke RDC dengan menaiki bas jabatan. ..
Sambutan hari raya aidiladha peringkat ILP Sandakan telah buat pada 27 November 2009. Sambutan bermula selepas selesai menunaikan solat Aidiladha yang dibuat di surau Al-Biruni ILP Sandakan. Para jemaah terdiri daripada kakitangan ILP Sandakan dan beberapa orang tempatan. Pada hari tersebut dua ekor lembuh dan seekor kambing telah dikorbankan, yang mana seekor lembuh untuk ibadah aqikah.
Pada 21 November 2009, ILP sandakan telah mengadakan sambutan hari keluarga bagi tahun 2009. Sambutan telah dibuat di Floating Semporna dan hampir kesemua staf dan kakitangan ILP Sandakan telah hadir bersama - sama menjayakan sambutan tersebut. Sepanjang 2 hari program hari keluarga ILP Sandakan berlangsung banyak program dan aktiviti - aktiviti telah dijalan seperti...
Tanggal 18 Ogos 2009, telah diadakan satu majlis perpisahan En Mohd Zaid bin Ibrahim yang berpindah ke ILP Perai. Beliau merupakan pengajar Bengkel Fabrikasi Logam dan telah berkhidmat di ILP Sandakan selama 3 tahun 11 bulan. Sepanjang berkhidmat disini, banyak sumbangan yang telah dicurahkan. Seperti dalam ucapan Pengarah ILP Sandakan semasa majlis tersebut, ILP Sandakan amat terasa akan kehilangan beliau dan berharap beliau dapat membawa kecemerlangan ILP Sandakan ke tempat baru beliau. Walau bagaimanapun, kehilangan beliau telah diganti dengan kehadiran dua pegawai yang baru iaitu En. Ahmad Kamal dan Mohmad Nazari dari ILP Ledang yang melapor diri pada 17 Ogos 2009.
Institut Latihan Perindustrian Sandakan,
Batu 5, Jalan Sibuga,
90000 Sandakan
Sabah
Tel : 089 - 240500
Fax : 089 - 240555
Emel : webmaster@ilpsdk.gov.my