msen

Sesi pendaftaran pelajar baharu sesi 2/2020 sedang berlangsung di ILP Sandakan yang melibatkan seramai 115 orang pelajar baharu yang hadir dari daerah-daerah sekitar negeri Sabah. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik dari ibu bapa pelajar serta para pelajar baharu yang patuh dengan SOP Pendaftaran sepanjang proses tersebut.

Barisan AJK Pendaftaran yang terdiri daripada kakitangan ILP Sandakan turut memberi komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan SOP serta tugasan yang diamanahkan kepada mereka.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu kerana memilih ILP Sandakan sebagai Gerbang Worldskill anda!

??

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures