msen

16 Mac 2022 | Rabu – Sejurus selepas penyampaian taklimat Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) di pejabat Myrcom Sdn Bhd, delegasi daripada ILP Sandakan meneruskan misi lawatan bertemu dengan pihak industri iaitu En. Alias Bakar, Penasihat Syarikat Wesmaltech Sdn Bhd di Bandar Sierra Bizhub, Jalan Tuaran Kota Kinabalu. Perjumpaan di sebelah petang itu diketuai oleh En. Suhaidi Mustar (TPO) bersama En. Anzari Mohd Daud (PP CESS). Fokus perbincangan adalah mengenai aset (Power Transformer) yang hendak disumbangkan kepada ILP Sandakan untuk tujuan latihan dan perbincangan mengenai penerangan kursus “International Electrotechnical Commission System For Certification To Standards Relating To Equipment For Use In Explosive Atmospheres (IECEx System)”.

Pihak syarikat telah berhubung dengan beberapa syarikat seperti PETRONAS Carigali, PFLNG, SAMUR dan SESB berhubung perkara ini dan bersetuju untuk menyertai penerangan kursus tersebut secara atas talian. Pihak Wesmaltech Sdn Bhd mencadangkan agar ILP Sandakan menjadi penganjur (host) dalam program ini berdasarkan kepada kesesuaiannya sebagai entiti kerajaan yang mempromosikan latihan pengkhususan kepada sektor perindustrian.

Semoga kolaborasi bersama pihak Wesmaltech Sdn Bhd akan memberi impak yang positif kepada pihak institut dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan di atas sambutan dan layanan mesra sepanjang kunjungan tersebut.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures