msen

24 Mac 2022, Khamis – Bahagian Teknologi Telekomunikasi merupakan salah satu bidang atau kursus yang ditawarkan di ILP Sandakan, baru-baru ini pihak TM Berhad Negeri Sabah telah menyumbang dua buah tiang (spun konkrit) telekomunikasi yang memenuhi spesifikasi piawaian industri untuk tujuan latihan dan pembelajaran. Dengan adanya sumbangan daripada pihak TM Sabah ini dapatlah pengajar menambahbaik dan mempelbagaikan latihan pemasangan tiang telekomunikasi sedia ada yang sebelum ini hanya menggunakan tiang telekomunikasi jenis keluli. Pihak TM berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak ILP Sandakan memperkasakan lagi pembelajaran kemahiran dalam bidang telekomunikasi. Pihak pengurusan ILP Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut dan berharap hubungan erat antara kedua-dua sektor industri ini mampu memangkin pembangunan latihan kemahiran dan industri di negeri Sabah amnya khususnya dalam industri telekomunikasi.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures