msen

22 Mac 2022 | Selasa – Seramai hampir 50 orang peserta terlibat dalam sesi perbincangan dan dialog bersama majikan sektor sawit yang dianjurkan oleh pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Cawangan Sabah. Program  yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan dengan objektif utamanya adalah untuk membantu majikan meningkatkan penggunaan levi HRD melalui penyertaan pekerja syarikat mengikuti latihan “Upskilling & Reskilling” yang dilaksanakan oleh penyedia latihan berdaftar. Dalam sesi tersebut terdapat tiga pembentang mengambil bahagian bagi menerangkan fungsi dan peranan setiap agensi masing-masing iaitu daripada penganjur HRD Corp Sabah, En. Hazrullizam Idris (Vice President) ,En. Anzari Mohd Daud (PP CESS, ILP Sandakan) dan En. Muhamad Almansari Albari (Ketua Pejabat NIOSH Cawangan Sandakan). Pihak HRD Corp selaku penganjur program berharap agar kerjasama tiga agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia ini mampu memberi impak terhadap pelaksanaan latihan dan kursus khusus kepada warga industri sawit di Kawasan Pantai Timur Sabah.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures