msen

17 Mac 2022 | Khamis – Perjumpaan kali kedua bersama En. Azharuddin bin Jumahad (Executive, Human Resources and Administration) di Ibu Pejabat Sedafiat Sdn Bhd adalah bagi membentangkan kertas kerja modul kursus Air-Conditioning & Mechanical Ventilation (ACMV) susulan perjumpaan sulung pada awal bulan februari lalu. Kertas kerja telah dibentangkan oleh En. Suhaidi Mustar (TPO) merangkumi objektif kursus, peserta kursus dan kos atau yuran yang dikenakan. Turut serta dalam sesi pembentangan tersebut ialah En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), pegawai teknikal dan pelajar praktikal Sedafiat Sdn Bhd. Dalam sesi soal jawab, beberapa persoalan telah dikemukakan oleh pihak Sedafiat Sdn Bhd antaranya konsep pelaksanaan kursus, jumlah peserta dalam setiap sesi kursus, pengiktiran sijil yang dikeluarkan oleh pihak penganjur dan beberapa persoalan berkaitan kursus. Pihak Sedafiat Sdn Bhd juga memohon agar ILP Sandakan dapat menyediakan maklumat lengkap berkaitan kursus Heating, Ventilation and Air-Conditioning (HVAC) System kerana modul ini juga tersenarai antara kursus yang perlu disertai oleh pekerja teknikal syarikat bagi memenuhi konsesi dengan pihak hospital kerajaan. Harapan kedua-dua pihak agar program ini berjaya direalisasikan bagi mengiktiraf kemahiran pekerja syarikat yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures