SANDAKAN, 30 Mac (Bernama) -- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan hari ini menjalin kerjasama dengan lapan syarikat kontraktor telekomunikasi bagi melahirkan tenaga mahir dalam industri telekomunikasi, khususnya di Sabah. Pengarah ILP Sandakan Mohd Raris Mohamed Yusof berkata kolaborasi itu bukan sahaja membuka peluang kerjaya bagi pelajar lepasan institut itu dalam bidang telekomunikasi, malah akan menjayakan pembangunanPelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). "Pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) ini akan merancakkan bidang kerjasama telekomunikasi di antara dua pihak (ILP dan syarikat kontraktor), di samping memberikan impak dan manfaat penghasilan tenaga mahir dan perkongsian teknologi khusus dalam menjana pembangunan teknologi telekomunikasi Sabah.