Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan menjalinkan kerjasama dengan lapan syarikat kontraktor telekomunikasi tempatan Sabah sebagai usaha menyambut baik keperluan pasaran tenaga mahir dalam bidang pembinaan rangkaian telekomunikasi. Ia bagi memastikan pelajar diberi peluang mempelajari penggunaan teknologi dan peralatan khusus dalam bidang rangkaian telekomunikasi, seterusnya melahirkan tenaga kerja berkepakaran.