Misi ILP Sandakan tahun 2022 mengukuhkan hubungan bersama rakan strategik dalam pembangunan latihan kemahiran khususnya melalui aspek penyedia dana latihan khusus kepada warga industri sekitar wilayah pantai timur Sabah.
Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan telah dirangka bersama En. Hazrullizam Bin Idris, Vice President, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Cawangan Sabah kearah merealisasikan jalinan kolaborasi antara HRD Corp dan JTM tahun 2021.
Perjumpaan selama hampir tiga jam itu menyentuh beberapa perkara berkaitan inisiatif HRD Corp seperti konsep e-Latih, faedah Micro-Credential, Recognition of Prior Experiential Learning, Place & Train, Geran Latihan, pendaftaran dalam talian (etris) dan lain-lain lagi. Wakil daripada ILP Sandakan diketuai oleh En. Suhaidi Mustar, TP(O) bersama dua orang pegawai daripada Bahagian CESS dan BKKL.
Pada sesi yang lain, satu perjumpaan bersama Dr. Tamrin Amboala, Pensyarah Kanan UMS telah diadakan di ILP Kota Kinabalu bagi mendengar taklimat ringkas berkaitan teknologi enjin kenderaan menggunakan bahan api LPG (gas memasak) yang dibangunkan oleh pasukan beliau bersama Bahagian Teknologi Automotif ILP Kota Kinabalu.
Beliau berhasrat untuk berkongsi teknologi tersebut kepada Bahagian Teknologi Automotif ILP Sandakan supaya teknologi ini dapat berkembang melalui proses pengajaran dan pembelajaran agar konsep ini boleh diperluaskan lagi inovasi dan penggunaannya bukan sekadar enjin kenderaan tetapi juga enjin janakuasa elektrik untuk kegunaan domestik dan industri (berskala kecil dan sederhana).
Harapan beliau agar projek ini berjaya dikomersilkan suatu masa nanti setelah melalui proses penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama bersama pihak ILJTM dan industri.
Be Inspired - Be Extra Ordinary - Be Worldclass with TVET