msen

Kunjungan rasmi selama dua hari ke Kota Kinabalu diteruskan dengan lawatan ke Ibu Pejabat Sedafiat Sdn Bhd di Metro Town Kota Kinabalu.
Misi lawatan kali ini adalah bertemu dengan En. Azharuddin bin Jumahad (Executive, Human Resources and Administration) bertujuan mempromosikan Kursus Jangka Pendek (KJP) di ILP Sandakan khusus kepada warga Sedafiat Sdn Bhd di Kawasan Pantai Timur Sabah.
Antara KJP yang diketengahkan ialah Kursus Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Teknologi Kimpalan.
Perjumpaan di sebelah pagi itu, diketuai oleh En. Suhaidi Mustar (TPO) turut disertai oleh dua orang pegawai daripada Bahagian CESS dan BKKL. Kedua-dua pihak berharap agar program KJP dapat memberi manfaat latihan kemahiran kepada tujuh cawangan Sedafiat Sdn Bhd di hospital-hospital daerah di Kawasan Pantai Timur Sabah.
Be Inspired - Be Extra Ordinary - Be Worldclass with TVET

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures