Pepatah melayu mengatakan “Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air” sesuai digambarkan kepada Bahagian Teknologi Kimpalan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan yang sedang merangka formasi pengajar bagi menghadapi cabaran TVET tahun mendatang agar lebih gemilang dengan menampilkan kemahiran baru demi meneruskan legasi institut.
Pertemuan bersemuka Tuan Haji Mohd Raris bin Mohamed Yusof, Pengarah ILP Sandakan dengan En. Amir bin Bustamin, Pengarah Kursus, Syarikat Commercial Divers Network berpangkalan di daerah Semporna telah mencetuskan satu dimensi baru dalam latihan kemahiran khususnya bidang Kimpalan. Beliau juga merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (Navy) dan berpengalaman luas dalam bidang selam skuba. Turut serta dalam perbincangan ini adalah En. Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah (Operasi), Pegawai Bahagian CESS dan beberapa orang pegawai dan pengajar Bahagian Teknologi Kimpalan dan Bahagian Teknologi Fabrikasi Struktur Logam.
Antara kursus yang ditawarkan oleh syarikat ini ialah Scuba Diving, Competent Commercial Air Diver, Competent Commercial Diving Supervision, Underwater Inspection, Underwater Welder dan Underwater Cutter. Pihak syarikat juga menerangkan syarat, kos, modul dan pakej untuk semua kursus yang ditawarkan serta memberikan konsultasi teknikal berkaitan kursus bagi memudahkan pemilihan pakej yang bersesuaian dengan pengajar.
Strategi dan aspirasi pihak pengurusan bagi perancangan tahun 2022 adalah melatih beberapa orang pengajar yang berkelayakkan untuk mengikuti kursus profesional melalui Program Peningkatan Kemahiran (PPK) antaranya ialah kursus Pengimpal Dasar Laut (Underwater Welder) bertujuan memperkasakan lagi kursus sedia ada yang ditawarkan di ILP Sandakan agar terus relevan dan memenuhi keperluan industri tempatan dalam waktu jangka panjang khususnya industri minyak dan gas.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"