Bahagian Khidmat Komuniti dan Sokongan Pekerjaan (CESS) telah menganjurkan program Ceramah Kerjaya kepada pelajar iaitu berkaitan persediaan menempuhi alam pekerjaan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Sandakan.
Program selama sehari itu berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan dengan pematuhan SOP PPN Fasa 4 pencegahan COVID-19, melibatkan pelajar semester akhir Sesi 2/2021 seramai 120 yang terdiri daripada Bahagian Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Komputer Rangkaian dan Teknologi Automotif.
Penganjuran program ini juga bertujuan melengkapkan Modul Hak Pekerja yang wajib disertai oleh semua pelajar semester akhir di bawah program latihan kemahiran ILJTM. Melalui ceramah ini, pelajar didedahkan ilmu berkaitan pekerjaan di Negeri Sabah khususnya, penjelasan berkenaan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang meliputi perkara-perkara berkaitan pekerjaan, perkhidmatan, upah, cuti dan lain-lain lagi.
Penceramah juga menjelaskan perkara berkaitan Akta dan Ordinan yang melibatkan Wilayah Semenanjung dan Wilayah Sabah/Sarawak agar pelajar lebih memahami konteks undang-undang berkaitan pekerjaan mengikut tiga Wilayah berikut.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Pejabat Tenaga Kerja Sandakan di atas ceramah yang telah diberikan dan berharap agar program ini mampu memberikan input yang bermanfaat kepada pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan kelak.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"