msen

Seramai enam (6) orang pegawai daripada Suruhanjaya Pasukan Polis, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian Sandakan.
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisionar Mohd Alwi Bin Zainal Abidin.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat prasarana Makmal Komputer di Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR) ILP Sandakan bagi pelaksanaan Ujian Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) - proses lantikan baru bagi jawatan Polis Diraja Malaysia melalui ujian berkomputer.
Turut serta dalam perbincangan dan lawatan ini adalah Pengarah ILP Sandakan, Tuan haji Mohd Raris Bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengarah (Latihan) ILP Sandakan, Encik Anwar Bin Jusoh serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures