msen

Bahagian Khidmat Komuniti dan Sokongan Pekerjaan (CESS) telah mengadakan taklimat khusus berkaitan Latihan Industri Pelajar Sesi 1/2022 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Sandakan dengan mematuhi SOP PPN Fasa 4.

Seramai 129 orang pelajar Semester Akhir (Persijilan SKM) dan Semester 2 (Persijilan Suruhanjaya Tenaga) telah menyertai taklimat tersebut yang terdiri daripada Bahagian Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Komputer Rangkaian dan Teknologi Automotif.

Taklimat selama dua jam yang disampaikan oleh Encik Zainol bin Ghazali selaku pegawai Bahagian CESS, memfokuskan aspek persediaan dokumen dan peraturan berkaitan yang perlu pelajar patuhi sepanjang menjalani Latihan Industri.
Matlamat utama program adalah bagi memberi penjelasan kepada pelajar berkaitan Latihan Industri agar proses latihan sepanjang berada di industri berjalan lancar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh ILJTM dan pihak industri.

"?? ????????, ?? ?????????????, ?? ????? ????? ???? ????"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures