Bahagian Teknologi Telekomunikasi (TELCOM) merupakan salah satu bengkel yang menawarkan latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian Sandakan (ILP Sandakan).
Pihak Syarikat TM Sabah melalui Encik Hazimin Abdulah selaku Pemangku Penolong Pengurus Besar, Logistic & Distribution Centre, Telekom Malaysia Berhad telah menyumbang sejumlah kabel terpakai jenis gentian optik untuk tujuan pembelajaran.
Pihak TM Berhad berharap dengan sumbangan ini dapat membantu pihak ILP Sandakan meningkatkan lagi pembelajaran kemahiran dalam Bidang Telekomunikasi.
Pihak pengurusan ILP Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut dan berharap hubungan erat di antara dua sektor industri ini mampu memangkin pembangunan latihan kemahiran dan industri di negeri Sabah amnya.
"?? ????????, ?? ?????????????, ?? ????? ????? ???? ????"