En. Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah (Operasi) dan En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) telah mengadakan kunjungan kerja ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Cawangan Sandakan bagi mendapatkan perincian berhubung prosedur permohonan kad hijau CIDB untuk pelajar ILP Sandakan. Dua orang pegawai ABM telah menyambut kedatangan institut iaitu En. Asraf Fitri dan En. Saiful Lokman.
Pegawai ABM telah memberi penerangan tentang prosedur dan proses permohonan kad hijau dengan terperinci dan memohon agar pihak ILP Sandakan segera mengemukakan permohonan supaya proses permohonan dapat segera diproses. Proses mendapatkan kad hijau adalah bermula daripada pendaftaran, tapisan permohonan, kursus teori selama sehari, penilaian dan pengeluaran kad atau slip (sementara menunggu kad sebenar) yang akan diproses oleh pihak Ibu Pejabat CIDB.
Pihak ABM juga berkesempatan mempromosikan program mereka iaitu Program Prihatin Kemahiran (Kursus Online) yang mensasarkan belia sehingga umur 35 tahun. Antara kursus yang ditawarkan ialah Pemasangan Perancah (Scaffolding), Pemasangan Drywall, Asas Pembinaan Lanskap, Pengenalan Ikatan Bata dan Jubin dan Pengendalian Jentera Backhoe.
Pihak ABM mempelawa graduan ILP Sandakan yang telah tamat pengajian untuk mengikuti program tersebut. Yuran bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak ABM.
En. Suhaidi juga membincangkan isu Perakuan Premis ILP Sandakan yang ditauliahkan sebagai Pusat Penilaian Kompetensi melalui ABM Wilayah Sabah telah tamat tempoh pada 10 Oktober 2021 yang lalu. Pihak ABM Sandakan akan membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya iaitu pembaharuan Perakuan dan memaklumkan bahawa pembaharuan tidak memerlukan proses penilaian dan lawatan daripada pihak CIDB.
Akhir lawatan, En. Suhaidi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ABM Sandakan kerana menerima kunjungan daripada ILP Sandakan bagi membincangkan isu-isu yang berkepentingan bagi kedua-dua pihak dan berharap agar hubungan yang konstruktif ini boleh dipertingkatkan lagi melalui ikatan kerjasama yang lebih kondusif iaitu melalui Memorandum Kerjasama.
Di harap agar kedua-dua agensi ini akan terus cemerlang dalam meneraju institusi TVET demi pembangunan negeri Sabah dan Negara amnya.
"?? ????????, ?? ?????????????, ?? ????? ????? ???? ????"