msen

Program Kursus Jangka Pendek (KJP) bagi modul kursus asas Kimpalan GTAW (aluminium) telah diadakan pada 30-31 Oktober 2021 bertempat di Bengkel Teknologi Kimpalan ILP Sandakan. Program ini disertai oleh 7 orang pengajar bidang Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional (KV) Sandakan yang di ketuai oleh Ketua Jabatan Mekanikal En. Fizrolroy Francis.

Sesi pembelajaran melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal yang di ketuai oleh En. Ahmad Redzuan Bin Abu Bakar, En. Johannes Belili dan dibantu oleh dua kakitangan MySTEP Bidang Kimpalan ILP Sandakan iaitu En. Thradruhe Debby Benjamin dan En. Mohd Hazari Mokmin.

Peserta-peserta kursus didedahkan melalui pengenalan kepada proses GTAW, pemilihan bahan guna habis, pengenalan kepada mesin GTAW dan Safety Operating Procedure (SOP) yang terlibat semasa melakukan proses kimpalan. Peserta-peserta dilatih secara praktikal untuk membuat kimpalan GTAW pada kedudukan 1G, 2G dan 3G menggunakan bahan aluminium.

Perbincangan turut dilakukan oleh pihak ILP Sandakan bersama pihak Kolej Vokasional Sandakan bagi membincangkan ruang dan peluang kerjasama di masa akan datang. Lantikan ILP Sandakan sebagai salah satu Pusat Kompetensi ABM Wilayah Sabah dalam bidang Teknologi Kimpalan merupakan antara agenda perbincangan kerjasama yang telah dibincangkan bagi membantu peningkatan kerjaya pengajar-pengajar dan pelajar-pelajar Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Sandakan bagi mendapatkan sijil WQT ‘Certified Welder’ dari pihak TWI.

Syabas dan tahniah kepada Bengkel Kimpalan ILP Sandakan dan KV Sandakan!
"?? ????????, ?? ?????????????, ?? ????? ????? ???? ????"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures