msen

Sekalung Tahniah diucapkan kepada staff ILP Sandakan En. Mohd Hapiz Bin Matri, di atas pemilihan dan penerbitan penulisan jurnal beliau dalam Malaysia Labour Review (MLR) Volume 15, No. 1 2021. Penulisan jurnal beliau iaitu ‘KEBOLEHKERJAAN PELAJAR TVET DI MALAYSIA : SATU KAJIAN KES DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SANDAKAN, SABAH’, merupakan antara empat jurnal yang terpilih untuk diterbitkan di dalam jurnal MLR bagi Edisi 1 Tahun 2021. Melalui jurnal tersebut beliau membentangkan berkenaan langkah intervensi drastik kerajaan untuk menangani masalah pengangguran belia melalui kaedah kajian yang dilaksanakan secara kuantitatif. Malaysia Labour Review (MLR) adalah jurnal yang dikeluarkan oleh Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia yang memberi fokus untuk membentangkan kajian, penyelidikan dan penyebaran informasi berkaitan isu pengurusan sumber manusia dan tenaga mahir di Malaysia.

Anda boleh memuat turun MLR Volume 15, No.1 Tahun 2021 melalui pautan dibawah

https://www.ilmia.gov.my/index.php/en/research-publication/publication?fbclid=IwAR3qCNwVJDhVhDb7qX4euWBYSipoWJLk2zhr3IhwztYlqCWSC7lEh_9x7m4

Syabas dan Tahniah En. Hapiz Bin Matri!

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures