Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Dan Hadiah Bagi Aktiviti Pelajar Sepanjang Tahun 2020 telah diadakan dengan mengikut SOP yang telah di tetapkan. Pelbagai aktiviti pelajar yang dapat dilaksanakan sebelum pandemik covid-19. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti :
1- Pusingan akhir PUBG Mobile ILP Sandakan League 2.0
2- Groom My Room (AL-2)
3- Groom My Room (AL-1)
4- Groom My Room (AP)
5- Program Tadarus Al-Quran
6.-Ladies Quality Time
7- Pertandingan Lukisan Kreatif ILP Sandakan
Selain daripada itu, Sijil Penghargaan diberikan juga kepada :-
1- Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi 1/2020
2- Anugerah Khas Pengarah (Bakti & Sumbangan)
3- Barisan EXCO Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 1/2020 ILPSDK
4- Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 1/2020 ILPSDK
Pihak Institut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang menyertai aktiviti seperti dirancang oleh EXCO MPP dan Penasihat MPP Sesi 1/2020.
Penyampaian disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Raris Bin Mohamed Yusof , Pengarah ILP Sandakan, En Anwar bin Jusoh , Timbalan Pengarah (Latihan) ILP Sandakan dan En Suhaidi bin Mustar , Timbalan Pengarah (Operasi) ILP Sandakan. Turut hadir sama Cik Norashsikin binti Mohd Arsad, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), Penolong Pegawai BPPL dan barisan Penasihat MPP.