Aktiviti "Klinik Tenis" anjuran kolaborasi Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK) Biro Rekreaksi serta Biro Sukan dan Kelab Tenis ILP Sandakan telah diadakan pada 7 Mac 2021 hingga 16 Mac 2021 berjaya memberi ilmu dan teknik permainan tenis kepada pesertanya. Seramai 18 orang kakitangan telah menyertai klinik berkenaan. Teknik dan ilmu berkenaan permainan sukan ini telah dikongsikan oleh Jurulatih jemputan dan berpengalaman, En Baharuddin bin Ladoding pada program yang dilaksanakan selama 10 hari itu. Tn Haji Mohd Raris bin Mohamed Yusof , pengarah ILP Sandakan dan selaku penaung Kelab Tenis ILP Sandakan berharap objektif dan inisiatif Kelab Tenis ini akan direalisasikan dengan kehadiran lebih ramai lagi penggemar sukan ini dan pelbagai perancangan melibatkan sukan ini dapat di laksanakan dengan jayanya. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati disempurnakan oleh Tn haji Mohd Raris bin Mohamed Yusof, diiringi En Suhaidi bin Mustar , Timbalan Pengarah Operasi ILP Sandakan pada akhir program ini dilaksanakan. Program Klinik Tenis ini juga telah mendapat liputan media cetak , Borneo Post dan Daily Express.