msen

Satu majlis penghargaan dianjurkan bagi meraikan pengajar Bengkel Tek. Komputer Rangkaian iaitu En. Syed Sufri bin Sul yang akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah bermula pertengahan bulan Mac 2021. Serahan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Sandakan; Tn. Hj. Mohd Raris bin Mohamed Yusof. Syed Sufri merupakan salah seorang Alumni ILP Sandakan (2016) dalam bidang Komputer Sistem dan telah berpeluang berkhidmat bersama barisan pengajar Bengkel Tek. Komputer Rangkaian yang diketuai oleh; En. Suhaidi Bin Mustar (2019) dan En. Nurzharfan Bin Rafei Bui (2020). Selain daripada itu, beliau bermula sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan kemudian menjadi salah seorang tenaga pengajar yang telah menerima manfaat dari program MySTEP iaitu langkah proaktif yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan. Seluruh warga ILP Sandakan menghargai segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di institut. Semoga terus maju jaya Syed Sufri! ?? Be Inspired - Be Extra Ordinary - Be World Class with TVET

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures