9 Mac 2024 | Sabtu - Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan kerjasama CIAST telah menganjurkan TVET Drone Soccer League yang diadakan di JMTI, Pulau Pinang.
Objektif penganjuran pertandingan tersebut adalah memperkenalkan kemajuan sukan Drone Soccer serta mempromosikan TVET sebagai salah satu haluan pendidikan kepada golongan belia negara. Pertandingan ini juga merupakan salah satu aktiviti yang disenaraikan dalam Karnival Jelajah Madani Jom Masuk TVET Zon Utara.
Pihak ILP Sandakan tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar pasukan FieroRhino Drone Squad gabungan dari pelajar dan pengajar bertauliah dalam pengendalian drone. Antara ILJTM lain yang turut sertai pertandingan tersebut adalah JMTI, ILP Mersing, ILP Miri dan ILP Perai.
Pasukan FieroRhino DroneSquad ILP Sandakan diberi penghormatan untuk menjadi juruterbang drone bagi sesi perasmian dan demonstrasi Drone Soccer kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, Dato' Hajah Norison Ramli.
Selain itu, pasukan ILP Sandakan telah berjaya mendapat tempat sebagai 5 pasukan terbaik dari semua pasukan yang bertanding. Pengajar dan juga jurulatih bagi pasukan ILP Sandakan adalah En. Muhammad Haziq Bin Hamzah dan En. Mohd Hafizul Bin Ibrahim Apani manakala pelajar terdiri dari Calvin Rubin, Mohammad Danish Iskandar Bin Sabturani dan Chin Ze Ren.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasukan FieroRhino Drone Squad! Semoga terus maju jaya di masa akan datang! 💪🏻
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#upskillingsandakanstyle
#ilpsandakan
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶_𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠