msen
07 Mac 2024 | Khamis – Pasukan Wira Kesuma kembali beraksi menggalas amanah mengendalikan program CSR bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam & Pusat Kawalan Operasi Daerah Sandakan.
 
Antara program yang dilaksanakan pada 6 Mac 2024 ialah Penyelenggaraan Asas Penyaman Udara (3 unit) dan Kursus Jangka Pendek (KJP) Asas Penyelenggaraan Penyaman Udara yang dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamananan Udara iaitu En. Mohd Hakimin bin Mohd Hussin, Tc. Ng Vui Chien, En. Mohd Faiz Fathullah bin Ali Hassan berserta 8 orang pelajar semester akhir. Seramai 10 orang peserta terlibat dalam kursus KJP ini. Slot aktiviti promosi TVET ILJTM juga diadakan dan diwakili oleh En. Ibrahim bin Lamusa, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan, ILP Sandakan.
Wira-wira ILP Sandakan meneruskan aktiviti kemasyarakatan pada 7 Mac 2024 dengan melaksanakan aktiviti Penyelenggaraan Preventive & Corrective (Komputer & Laptop) dan turut mengendalikan Kursus Jangka Pendek (KJP) Asas Penyelenggaraan Preventive & Corrective Komputer. Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah Pn. Roshayati binti Mohammad (BPSM), En. Shaharul bin Abu Talib (BPPA) dan En. Nasri bin Kipple (BPSM) Peserta terdiri daripada 10 orang dalam kalangan pegawai APM, Sandakan dan sesi promosi TVET ILJTM.
Program disempurnakan oleh Encik Awang Yusof bin Awang Damit (TPO) bagi mewakili Pengarah ILP Sandakan. Program yang dilaksanakan selama 2 hari terlihat berjaya dan memberi impak positif kepada semua pihak. Peserta KJP juga turut dianugerahkan sijil penyertaan kursus sebagai dorongan kepada mereka meminati bidang TVET disamping memperolehi pengetahuan asas sebagai alternative untuk melakukan penyelenggaraan kendiri (DIY).
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Wira Kesuma ILP Sandakan yang terlibat dalam menjayakan misi CSR ini. Signifikan program ini telah memberi impak yang positif dari pelbagai dimensi khususnya dalam konteks pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat (TVET tanpa sempadan), pembentukan jati diri pelajar dan hubungan sosial ILJTM dengan komuniti selanjutnya menatijahkan aspirasi pembangunan negara.
 
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures