28 Februari 2024 | Rabu – Usaha mengesan syarikat yang memerlukan khidmat nasihat teknikal berhubung hala tuju pembangunan latihan kearah produktiviti organisasi telah membuahkan hasil apabila satu perjumpaan bersama pengurus telah diadakan di premis syarikat beralamat di Bandar Tanah Merah, Jalan Leila Sandakan. Syarikat ini menjalankan perniagaan atau perkhidmatan Penyediaan Penyaman Udara Kapal Laut, Pembaikan dan Penyelenggaraan Mekanikal, Elektrikal dan Persenjataan.
Terdahulu, pengurus memberikan taklimat ringkas berkaitan perniagaan (business nature) yang dijalankan selain jumlah pekerja (tidak mahir, kurang mahir dan mahir) yang dimiliki syarikat khususnya dalam bidang Teknologi Kimpalan. Pihak syarikat disyorkan untuk menyertai program latihan kemahiran atau Kursus Jangka Pendek (KJP) hujung minggu iaitu latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Kimpalan ILP Sandakan kepada warga kerja teknikal syarikat.
Program KJP ini disusun secara sistematik dan bersasar iaitu bermula dengan program Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate 1.0 & 2.0) dan Lanjutan (Advance 1.0 & 2.0) sebelum dipertimbangkan untuk menyertai program persijilan profesional bidang Kimpalan (WQT, CSWIP dan lain-lain). Objektif program KJP ini adalah bagi melahirkan pekerja mahir yang diiktiraf kemahirannya melalui program “customized” seperti yang disarankan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui slogannya “TVET Untuk Semua” yang menampilkan 9 kaedah persijilan kelolaan ILJTM.
Perbincangan selama sejam itu dihadiri oleh En. Anzari Mohd Daud (PP CESS) selaku wakil institut manakala di pihak syarikat diwakili oleh Puan Theresa Fui Soon (Pengurus). Sejurus selepas perbincangan, pihak syarikat menyerahkan senarai nama iaitu seramai 9 orang pekerjanya untuk menyertai KJP yang dijadualkan pada 16 dan 17 Mac 2024 dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Kimpalan.
Semoga agenda yang dibincangkan mampu direalisasikan agar keutuhan sinergi hubungan strategik kedua-dua entiti ini mampu diterjemahkan dalam konteks kualiti dan produktitvi syarikat.
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
#upskillingsandakanstyle
#ilpsandakan
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶_𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠