msen
23 Januari 2024 | Selasa – Pengurusan institut telah mengadakan lawatan pelaksanaan Kursus Selaman Komersial Dan Kimpalan Bawah Air melalui pentauliahan badan profesional iaitu Commercial Divers Network International (CDNI) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Sarawak Skills Miri, Sarawak. ILP Sandakan dan syarikat Oksigen Melangit Enterprise (OME) sedang merangka kerjasama melaksanakan program ini di institut. Justeru, objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman mengenai pelaksanaan program kursus jangka pendek bidang tersebut selain ingin mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan kebolehkerjaan peserta kursus selepas tamat latihan dan dipersijilkan.
 
Ketibaan delegasi institut disambut oleh Ts Syuhaira binti Mohd Zin (Campus Director) turut diiringi Pn. Dayang Nur Ervinna binti Awang Yusof (Senior Executive Corporate Training), En. Mohammad Hafiz bin Ahzaman (Executive Corporate Training) dan beberapa orang pegawai kampus. Pengurusan institut diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah Kampus dan taklimat Program Selaman Komersial dan Kimpalan Bawah Air oleh En. Jakobsin Badit (CDN Head of Commercial Diving & Training Sarawak Division) di bilik mesyuarat dan kemudian dibawa melawat ke bengkel latihan Selaman Komersial dan Kimpalan Bawah Air bagi menyaksikan demonstrasi praktikal di dalam kolam latihan.
 
Delegasi daripada institut diketuai oleh Ts. Azmi Rahman bin Mat Zuini (Pengarah), turut disertai oleh Ts. Suhaidi Mustar (TPL) dan En. Anzari Mohd Daud (PP CESS). Manakala di pihak syarikat OME diwakili oleh En. Mohd Zamzuri Pua (CEO OME).
Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Sarawak Skills, Miri di atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan delegasi daripada negeri jiran. Tahniah juga diucapkan kepada pihak CDNI yang memberikan kerjasama sepanjang sesi lawatan diadakan. Diharapkan lawatan ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sebagai panduan serta amalan untuk dipraktikkan di ILP Sandakan kelak.
 
"Empowering Skills, Igniting Futures"
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures