msen

23 Januari 2024 | Selasa – Usaha menyampaikan perkhidmatan terbaik dengan sebaik mungkin merupakan suatu kewajipan terutamanya untuk memenuhi keperluan dan keselesaan pelajar dan pelanggan yang berurusan dengan pihak ILP Sandakan. Menyediakan tempat latihan yang kondusif dan selamat merupakan salah penanda aras yang perlu dicapai untuk dikekalkan dan seterusnya dinaiktaraf dari semasa ke semasa.

Sejajar dengan usaha tersebut, beberapa projek pemuliharaan telah berjaya dilaksanakan di antaranya adalah Projek Pemuliharaan Struktur Fizikal di Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Sabah sebagai salah satu penyedia latihan kemahiran TVET di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Penyelarasan Bagi Semakan Dan Penyediaan Dokumen Bayaran Muktamad Kepada Kontraktor Serta Penutupan Akaun Perunding telah dijadualkan dan diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran, ILP Sandakan.

Mesyuarat tersebut telah dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan , Kewangan dan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia yang diwakili oleh Penolong Ketua Unit Teknikal, Encik Shahrom Darmawan bin Mohd Yunus dan Encik Mohd Rizal bin Ramly, Penolong Pengarah Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Awang Yusof bin Awang Damit, Timbalan Pengarah (Operasi) ILP Sandakan, Puan Asriyani Seraila (BPPA), Encik Shaharul bin Abu Talib (BPPA) , Cik Stephanie Joe (Etika Hijau Sdn Bhd), Cik Chrissaylistina Juram (Etika Hijau Sdn Bhd), En Roslan Serin (Dihnar Consulting Eng.) En James (Power Station Contractor Sdn Bhd) En. Muhammad Farhan bin Suhaimi, En. Amir Aliff Amri (Hashim & Julkarnain Perunding Sdn Bhd).

"Empowering Skills, Igniting Futures"

#upskillingsandakanstyle
#ilpsandakan
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures