18 Januari 2024 | Khamis – Keakraban kedua-dua institusi (ILP Sandakan dan HRD Corp Sabah) ini amat signifikan bagi menghasilkan formula yang berkesan khususnya dalam melaksanakan program latihan kemahiran warga industri menjurus kepada aktiviti latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling). Kelebihan keduanya bernaung di bawah satu bumbung iaitu kementerian Sumber Manusia seharusnya menatijahkan simbiosis ekosistem TVET yang mampu memberi impak signifikan dan efektif terhadap pembangunan TVET dalam sektor perindustrian, seiring usaha merapatkan jurang antara permintaan dan penawaran tenaga kerja mahir dan separa mahir.
Justeru, satu perjumpaan telah dirangka oleh pengurusan HRD Corp Sabah di ILP Sandakan bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan hala tuju agensi seterusnya membincangkan pelan strategik bersama untuk memperkasa latihan kemahiran (TVET) kepada warga industri khususnya dalam aspek penstrukturan jadual program dan penambahan bilangan kursus tahun 2024 bagi memenuhi permintaan industri di negeri Sabah.
ILP Sandakan merupakan Penyedia Latihan (Training Provider) berdaftar dengan HRD Corp dan sepanjang tahun 2023 telah berjaya melaksanakan beberapa program bersama industri melalui “HRD Corp Claimable Course” antaranya kursus (modular/customised) Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Teknologi Kimpalan. Pengurusan institut menjangkakan peningkatan program yang bakal dilaksanakan tahun 2024 berikutan peningkatan kesedaran majikan terhadap Akta PSMB melalui kempen berterusan jelajah Sabah oleh HRD Corp Sabah sepanjang dua tahun kebelakangan ini.
Pada perjumpaan itu, delegasi daripada HRD Corp Sabah diketuai oleh Cik Siti Norzanah binti Shamsul (Assistant Vice Presedent), En Zabri Elias (Associate), Pn Norsyahida Nordin (Associate), Pn Fitri Matnin (Associate) dan Cik Rafida Madsili (Associate). Manakala di pihak institut pula diketuai oleh Ts. Azmi Rahman bin Mat Zuini (Pengarah), Ts. Suhaidi Mustar (TPL), En. Awang Yusof Awang Damit (TPO), En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), En. Azbullah Abdul Rani (Pegawai BKKL) dan En. Billy Anak Rejap (Pegawai CESS).
Semoga kolaborasi kedua-dua pihak terhadap usaha menerapkan budaya menuntut ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat disambut baik oleh warga industri kearah melahirkan pekerja produktif melalui program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) pekerja industri.
"Empowering Skills, Igniting Futures"
#upskillingsandakanstyle
#ilpsandakan
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl