5 Disember 2023 | Selasa - Cabaran Institusi Pengajian masa kini ialah menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh industri. Jaringan kerjasama di antara bidang akademik dan industri telah lama dikatakan sebagai jambatan dalam membina sumber manusia berkualiti melalui pelajar yang berkebolehan serta berkemahiran.
Hal ini penting bagi memenuhi keperluan sesebuah industri yang sentiasa berkembang maju dari semasa ke semasa selari tuntutan global serta disokong oleh kecanggihan teknologi terkini.
Justeru itu, ILP Sandakan melalui Bengkel Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU) dengan kerjasama Daikin Academy telah berjaya menjalankan taklimat “Cabaran dan Peluang Kerjaya Bidang HVAC di Malaysia” pada 5 Disember 2023.
Taklimat terbabit disertai oleh 57 orang pelajar Bengkel TPPU yang disampaikan oleh En. Hairul Fahmi Bin Samingan, Training Executive di Daikin Malaysia Sdn. Bhd. Taklimat berkenaan juga menyentuh berkenaan kepentingan dan nilai tambah yang akan diperolehi oleh pelajar jika menyetai kursus yang dijalankan oleh Daikin Academy.
Semoga taklimat seperti ini dapat dipergiatkan lagi bagi merapatkan jurang diantara industri dan institusi pengajian. Para pelajar juga didedahkan dengan kehendak industri yang kian mencabar dan menggunakan teknologin terkini. Merapatkan jurang diantara industri dan institusi pengajian adalah amat penting bagi mencapai matlamat kerajaan iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) merumuskan empat misi untuk memacu transformasi industri negara pada skala besar menjelang tahun 2030.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl