msen

14 November 2023 | Selasa - ILP Sandakan melalui JK DroneLab terus memperkasakan penggunaan teknologi dron dengan melaksanakan Kursus Pemasangan Drone DIY secara in-house.

Objektif utama program tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan institut yang berminat untuk mendalami bidang teknologi dron untuk kegunaan latihan dan sebagai 'drone enthusiast'.

Antara kandungan latihan selama 2 hari itu meliputi pengenalan komponen dron, pengiraan bekalan kuasa dan pengecasan, pemasangan komponen dron, kalibrasi dan konfigurasi serta pengujian penerbangan dron.

Seramai 13 orang kakitangan dari pelbagai bidang telah menyertai kursus tersebut yang dikendalikan oleh pengajar bertauliah dron yang juga terdiri dari ahli JK DroneLab ILP Sandakan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan JK DroneLab ILP Sandakan!

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures