msen

09 November 2023 | Khamis - Program Penyelenggaraan Kendiri Komputer Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia, telah dijalankan secara kolaborasi diantara BPPA, BPSM dan Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian dengan penglibatan pelajar semester satu. Program ini melibatkan pengubahsuaian serta naiktaraf komputer BPSM tahun 2006 yang tidak sesuai digunakan lagi.

Selain menaik taraf Komputer, pelajar-pelajar didedahkan dengan cara-cara pengubahsuaian komputer lama dengan menaik taraf Motherboard, Ram, AMD Processor serta pemasangan Graphic Card bagi membolehkan keupayaan komputer dapat digunakan secara optimum. Pelajar dapat menambah ilmu dengan perkongsian kepakaran daripada pegawai unit BPSM dan BPPA ILP Sandakan.

Inisiatif ini merupakan idea serampang dua mata kerana pihak institut bukan sahaja dapat memberi ruang perkongsian ilmu dari tenaga pakar kepada pelajar malah ianya juga dilihat cost-effective kerana dapat mengurangkan kos penyelenggaraan serta kos perolehan aset baharu.

Syabas juga diucapkan kepada semua pelajar Semester 1 (Sesi 2/2023) yang telah berjaya menyiapkan pemasangan komputer dengan jayanya dengan bimbingan pegawai-pegawai yang terlibat dalam program penyelenggaraan Kendiri Komputer Bahagian Pusat Sumber & Multimedia.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures