msen

2 November 2023 | Khamis – Energy Commission of Sabah (ECoS) ditubuhkan pada 10 Januari 2023 selepas pewartaan Enakmen ECoS 2023. ECoS merupakan sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah dan merupakan pengawal selia negeri bagi sektor tenaga di bawah portfolio Ketua Menteri sebagai menteri bertanggungjawab. Peranan EcoS adalah bertanggungjawab menyampaikan tenaga yang selamat, mampan, mampu milik dan boleh diakses untuk negeri Sabah dan skop kawalannya meliputi Bekalan Gas dan Bekalan Elektrik (termasuk Tenaga Boleh Diperbaharui). ECoS telah mengambil alih kuasa kawal selia untuk bekalan gas di Sabah selepas Enakmen Bekalan Gas 2023 diluluskan di Dewan Undangan Negeri pada 10 Januari 2023.

Justeru, satu pertemuan telah dirangka oleh pihak pengurusan ECoS bagi memberikan taklimat ringkas berkaitan ECoS seterusnya mendapatkan informasi daripada pihak institut khususnya dalam pelaksanaan kursus Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (Penjaga Jentera & Pendawaian Elektrik) yang dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Elektrik sejak tahun 2008.

Dalam kesempatan tersebut, pihak institut mengetengahkan beberapa perkara berkaitan peralihan kawal selia sektor tenaga khususnya berkaitan operasi institut bertauliah. Antara isu yang dibangkitkan ialah status pusat bertauliah dan pelajar sedia ada, silibus latihan & pembangunan soalan, pengiktirafan perakuan, tenaga pengajar kompeten, Latihan Industri pelajar, transformasi pelaksanaan kursus separuh masa, sistem daftar dalam talian dan penubuhan Pusat Kepakaran Elektrik Negeri Sabah.

Perbincangan strategik selama hampir tiga jam itu diketuai oleh Ts. Suhaidi Mustar (TPL) turut disertai En. Anzari Mohd Daud (PP CESS), En. Mohamad Nasir Awang (KB TE), pengajar-pengajar TE dan pegawai BPPL. Manakala di pihak ECoS diketuai oleh Ts. Mohd Ariffen bin Amirul (Assistant Director (Electricity Competency)) dan turut disertai oleh dua orang Penolong Pengarah Bahagian Kawal Selia Gas.

Kedua-dua pihak optimis pertemuan ini mampu menjalinkan hubungan dua hala kearah pengukuhan dan pemerkasaan sektor tenaga negeri Sabah sekaligus memacu sektor pendidikan TVET, industri, perniagaan dan ekonomi negeri.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures