16 Oktober 2023 | Isnin - ILP Sandakan bersama NIOSH Wilayah Sabah - Sandakan telah berganding bahu untuk menganjurkan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan & Kesihatan ILP Sandakan 2023.
Objektif program ini adalah untuk mempromosi kesedaran dan melazimkan aspek keselamatan & kesihatan di tempat kerja dalam tugas hakiki dan sesi PdP. Program ini juga dilihat sebagai suatu platform untuk berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan melalui sesi latihan dengan penglibatan agensi berkaitan seperti NIOSH.
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yg. Berusaha En. Wan Sarman Bin Sakan, Pengurus NIOSH Wilayah Sabah & W. P. Labuan. Majlis perasmian telah diisi dengan tayangan montaj, pelancaran gimik perasmian, demonstrasi Ruang Tertutup MTU dan demonstrasi WAH-Rescue.
Selain itu, pihak ILP Sandakan dengan kerjasama NIOSH Wilayah Sabah - Sandakan telah berjaya melaksanakan 8 kursus keselamatan yang memfokuskan pentauliahan kepada 24 orang kakitangan institut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada ILP Sandakan dan NIOSH Wilayah Sabah - Sandakan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti keselamatan dan kesihatan sepanjang Minggu KKP ini berlangsung.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan