13 Oktober 2023 | Jumaat - Labuan Innovation & Creativity Exhibition 2023 (LIACE 2023) merupakan pertandingan inovasi dan kreativiti yang dianjurkan oleh ILP Labuan. Pertandingan ini memberi peluang kepada perekacipta di Malaysia untuk mempamerkan serta mengetengahkan hasil kreativiti dan inovasi yang mempunyai potensi dari segi rekaan dan kegunaannya. Sebanyak 3 kategori pertandingan yang dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah, IPT dan Terbuka, di mana tema pertandingan adalah “Go Green”. Sebanyak 35 buah projek inovasi dipertandingkan dan melibatkan sebanyak 140 orang peserta bermula 12 Oktober 2023.
ILP Sandakan telah menghantar 3 orang pengajar bagi pertandingan LIACE 2023 iaitu En. Syafiq Fadhli bin Masbak (Ketua Bhg. Tek. Kimpalan), En. Norfaizal Riza bin Nordin (Pengajar Bhg. TFSLOG) dan En Hazari bin Mokmin (Pengajar Bhg. Tek. Kimpalan) bagi membentangankan dan mempamerkan projek inovasinya iaitu Rak Gantung Barangan Ringan. Sebanyak 20 penyertaan bagi kategori terbuka bagi pertandiangan Labuan Innovation & Creativity Exhibition 2023 ini.
Syabas dan Tahniah kepada ILP Sandakan kerana telah memenangi Pingat Emas bagi kategori Terbuka.
Jabatan Tenaga Manusia dan ILP Labuan juga telah memeterai satu (1) Memorandum Persefahaman dengan syarikat Xtreme Computer Zone Sdn Bhd dan empat (4) Memorandum Kerjasama dengan syarikat Beyond Status Sdn. Bhd., Wawasan Majusama Sdn. Bhd., Hafiz General Contractor dan International Shipcare Sdn. Bhd. Kerjasama ini dijangka memberi pelbagai faedah kedua-dua belah pihak dari aspek sumber manusia, perkongsian teknologi, latihan industri pelajar dan latihan sangkutan industri pengajar serta memberi potensi tambah nilai dalam memacu kemahiran negara.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah program disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Turut diadakan pemeteraian Memorandum Persefahaman dengan syarikat Xtreme Computer Zone Sdn Bhd dan empat Memorandum Kerjasama dengan syarikat Beyond Status Sdn. Bhd., Wawasan Majusama Sdn. Bhd., Hafiz General Contractor dan International Shipcare Sdn. Bhd.
Xtreme Computer Zone turut menyumbang sejumlah peralatan ICT berteknologi terkini dan melakukan kerja-kerja menaik taraf Bilik E-Training ILP Labuan berjumlah RM98,000.00 agar proses pembelajaran dan lain-lain urusan berkaitan dapat dilaksanakan dalam suasana yang lebih kondusif untuk digunakan oleh warga ILP Labuan dan juga komuniti setempat.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"