10 Oktober 2023 | Selasa - ILP Sandakan terus mengekalkan momentum pelaksanaan sesi PdP dengan penganjuran kursus peningkatan kemahiran dan pengenalan kepada teknologi terkini kepada barisan pengajar.
Sebanyak 8 orang pengajar ILP Sandakan dan 2 orang pengajar ILP Miri telah menghadiri sesi peningkatan kemahiran dalam penggunaan Optical Time Domain Reflectometer (OTDR) yang terkini bersama tenaga pakar Optik Prima Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat pembekal peralatan latihan tersebut.
OTDR merupakan peralatan yang sering digunakan dalam menguji integriti sambungan kabel fiber optik yang digunakan dalam bangunan bagi tujuan untuk ujikaji, pengesahan, penyelenggaraan serta troubleshooting suatu sistem rangkaian fiber optik yang luas.
Semoga dengan pelaksanaan peningkatan kemahiran ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti penyampaian latihan kepada para pelajar di ILP Sandakan dan ILP Miri dan seterusnya melahirkan graduan yang celik tentang perkembangan teknologi semasa.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan