ILP Sandakan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktviti/program sukan bersempena HARI SUKAN NEGARA 2023 bagi mencapai objektif HSN dengan merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan.
Pelbagai aktiviti disusun sepanjang bulan ini, khusus untuk memberi manfaat kepada Warga ILP Sandakan. Antara aktiviti/program yang dianjurkan pihak institut ialah Kejohanan Futsal Tertutup, Pertandingan Bola Jaring (Fun Netball), Hiking Santai serta Karnival Sukan anjuran Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2/2023
Semoga objektif pelaksanaan aktiviti ini berjaya dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif serta dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga institut.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan