30 September 2023 | Sabtu – Menelusuri sejarah peadaban dan ketamadunan bangsa atau negara yang berjaya adalah terbina atas dasar yang kukuh terhadap pemartabatan ilmu pengetahuan. Tanda aras dan ukuran kejayaan suatu ketamadunan adalah terletak kepada sejauh mana disiplin ilmu dikuasai dalam semua aspek atau bidang mencakupi pendidikan, sosial, agama dan ekonomi.
Justeru, ILP Sandakan sentiasa mencari inisiatif untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak (agensi dan industri) untuk melaksanakan program yang menjurus kepada perkongsian ilmu. Baru-baru ini satu kolaborasi bersama syarikat Acson Malaysia untuk menganjurkan program ilmiah telah berjaya direalisasikan melalui program seminar “Basic Inverter System For ACSON Malaysia Contractor” yang disampaikan oleh En. Devendran A/L Many, Senior Manager, Service Acson Malaysia melibatkan seramai 108 orang pekerja industri/kontraktor, 4 orang pengajar dan 32 orang pelajar ILP Sandakan. Seminar selama setengah hari itu memfokuskan tentang asas sistem penyongsang (inverter) merangkumi kawalan elektronik, penggunaan bahan pendingin, teknologi cekap tenaga dan jimat kuasa bagi produk penghawa dingin jenama Acson.
Objektif program adalah memberi kefahaman dan penerangan khasnya kepada wakil kontraktor Acson dan semua peserta selain memberi ruang perbincangan dalam sesi soal jawab sepanjang sesi seminar berlangsung.
Pengurusan institut komited agar program ini berupaya menjadi wadah perkongsian ilmu dan kemahiran buat penggiat industri tempatan selain sebagai promosi Kursus Jangka Pendek (KJP) dalam bidang Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara kepada warga industri.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"