msen

23 September 2023 | Sabtu – Selepas selesai sesi bertemu pegawai dan kakitangan institut melalui program Sesi Town Hall YBrs. TKP JTM bersama pegawai dan kakitangan institut, satu lagi program telah direncana khusus bersama alumni institut yang dikelolakan oleh Bahagian CESS iaitu sesi perjumpaan bersama ahli alumni sempena Mesyuarat Alumni ILP Sandakan Bilangan 1/2023. Perjumpaan selama sejam itu diisi dengan slot khas iaitu ucapan amanat YBrs. Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (TKP), Jabatan Tenaga Manusia kepada peserta alumni dan pelajar semester akhir yang dihadiri kira-kira seramai 80 orang.

Peserta alumni institut amat bertuah kerana berkesempatan mendengar secara terus amanat daripada YBrs. TKP JTM. Antara amanat beliau yang dapat dititipkan adalah berhubung hala tuju ILJTM selain mengingatkan peranan alumni ILJTM memperkasa jenama institut kepada warga setempat agar kewujudannya sentiasa relevan dengan perkembangan arus perdana TVET khususnya dalam konteks digitalisasi yang semakin mencabar. Beliau juga berpesan agar alumni ILJTM perlu lebih matang dan berani untuk melaksanakan transformasi seiring dengan institut agar objektif pembangunan TVET dan industri mampu dicapai selari dengan hasrat pimpinan negeri dan negara amnya.

Dalam kesempatan pertemuan itu, beliau turut mencabar para alumni institut agar suatu masa nanti berupaya membina entiti perniagaan setanding dengan alumni institusi lain yang terbukti berjaya bukan setakat menjana ekonomi ahlinya malah mampu mencipta ruang pekerjaan kepada warga Malaysia. Pemikiran barisan pimpinan alumni yang kritis amat diperlukan kearah melahirkan warga alumni yang dinamik sekaligus mampu menjadi teladan kepada generasi baru seterusnya membanggakan ILP Sandakan dan ILJTM amnya secara keseluruhan.

Semoga peluang bersemuka dengan antara pimpinan tertinggi ILJTM ini mampu memberikan inspirasi buat warga alumni institut untuk terus lebih gigih melayari bahtera perjuangan yang lebih mencabar berbekalkan pesanan dan formula yang dititipkan oleh YBrs. TKP JTM sepanjang sesi pertemuan tersebut.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures