msen
27 September 2023 | Rabu - ILP Sandakan dengan kerjasama NIOSH Wilayah Sabah - Sandakan berganding bahu untuk mengadakan Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC) sebagai langkah untuk terus memperkasakan aspek keselamatan di ILP Sandakan.
 
HIRARC merupakan salah satu topik utama yang berperanan penuh dalam pengurusan dan pengawalan risiko di suatu ruang pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pihak institut komited melatih 10 kakitangan yang diberi amanah untuk bersama mendaras dan memperhalusi aspek pengurusan risiko di dalam institut melalui penglibatan NIOSH Sandakan.
Bagi memastikan para pegawai dapat meneliti topik HIRARC dengan efektif, pihak NIOSH Sandakan telah menyusun kaedah pelaksanaan latihan melibatkan sesi teori dan amali, perbincangan terbuka, lawatan tapak serta pembentangan gerak kerja.
 
Pelaksanaan topik HIRARC ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Anizan Bin Mohd Amin, Technical Expert dari Pejabat NIOSH Wilayah Sarawak yang cukup berpengalaman dan memudahkan penyampaian topik HIRARC kepada semua peserta.
Semoga pihak ILP Sandakan dan NIOSH Sandakan terus komited memperkasakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan khusus nya di Sandakan.
 
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
 

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures