24 September 2023 | Ahad - ILP Sandakan meneruskan kolaborasi bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan merangkap rakan strategik institut bermula dari tarikh 23 - 24 September 2023. Program selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Kapten (PA) Tuan Sulaiman Bin Salama, TPL, TPO, barisan pegawai/kakitangan institut serta jurulatih APM.
Seramai 121 orang pelajar semester 1 dan 4 orang pegawai/kakitangan institut telah menghadiri Sijil Kursus Asas Pertahanan Awam ini dengan jayanya. Antara silibus yang dipelajari dalam kursus ini ialah asas kawad kaki, asas pertolongan cemas, asas menyelamatkan kecemasan, asas melawan kebakaran, asas cardio pulmonory resuscitation (CPR) serta asas ikatan dan simpulan.
Pihak ILP Sandakan berharap agar jalinan kerjasama dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum pelajar dapat diteruskan pada sesi berikutnya agar pelajar mendapat manfaat secara terus serta memberi pendedahan awal perkhidmatan sukarela kepada masyarakat luar tanpa mengira bangsa,agama dan kefahaman.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"