msen

23 September 2023 | Sabtu - Sukan merupakan salah satu aktiviti yang sering dilaksanakan di dalam ILP Sandakan selain pelaksanaan latihan teori dan amali yang dijalankan semasa sesi latihan dalam kelas.

Kali ini pelaksanaan kokurikulum sukan dimeriahkan lagi dengan gandingan perlawanan persahabatan bersama agensi SESB, Politeknik Sandakan, SMK Agama Tun Juhar, Team Venomous dan Team Miracle.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan, Penyelaras Sukan serta Majlis Perwakilan Pelajar.

Selain dari menjalankan aktiviti sihat, para peserta turut berpeluang untuk beramah mesra dan menjalin silaturrahim di kalangan para peserta yang hadir memeriahkan program ini.

Semoga aktiviti riadah seperti ini akan mampu membina jalinan silaturrahim dan membentuk kerjasama antara agensi di masa akan datang.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures