msen

14 September 2023 | Khamis – Pada awal bulan Ogos 2023 yang lalu, satu perbincangan bersama pihak HRD Corp Sabah telah diadakan bagi membincangkan strategi pemerkasaan latihan kemahiran khususnya kepada penggiat industri sekitar Sabah disamping mempromosi dan memberi kesedaran kepada majikan berdaftar akan kepentingan pengetahuan dan kemahiran kepada warga industri.

Inisiatif ini telah diilhamkan oleh pihak HRD Corp Sabah berikutan kadar penggunaan levi caruman majikan di HRD Corp masih terlalu rendah sekaligus merencatkan hasrat kerajaan yang ingin menerapkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan majikan khususnya dalam konteks latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) para pekerja.

Akhirnya, perbincangan bersama pengurusan institut telah berjaya memeterai satu dokumen surat perjanjian (LoA) iaitu “Offer Letter to Conduct Collaboration Programmes For Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) Registered Employers” antara HRD Corp dan ILP Sandakan.

Kandungan surat perjanjian memfokuskan kolaborasi latihan kemahiran iaitu kursus 'Basic Refrigeration and Air Conditioning Cycle System' yang telah dipersetujui dilaksanakan pada 13 & 14 September 2023 di Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU) dan dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar TPPU ILP Sandakan.

Pihak pengurusan amat optimis dengan kolaborasi ini dimana program ini telah mendapat maklum balas posistif daripada semua peserta selain ianya juga berjaya menghimpunkan seramai 19 orang peserta yang mewakili syarikat Bataras Sdn. Bhd., Cool City Drink, Sedafiat Sdn. Bhd., Heng Fatt Air Conditioning & Electrical, Hotel D’Northstar Sdn. Bhd., Lahad Datu Seafood Centre Sdn. Bhd., Sepilok Jungle Resort Sdn. Bhd., Sweet Ice Enterprise, Lahad Datu Seafood Center Sdn. Bhd., St Steam Engineering Sdn. Bhd. dan Oceanic Engineering Sdn. Bhd.

Harapan agar program murni ini dapat diteruskan dimasa depan kerana terbukti memberi impak positif dan manfaat kepada semua pihak khususnya institut, HRD Corp, majikan dan industri dalam kerangka pembangunan insan dan ekonomi khusus kepada warga Sabah.

"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures