msen
12 September 2023 | Selasa – ILP Sandakan dengan kerjasama SMK Perempuan telah mengadakan bengkel Jom Celik Digital : Pengenalan Asas “Canva For Teaching & Learning” kepada cikgu-cikgu SMK Perempuan bertempat di Bilik Bestari, SMK Perempuan, Sandakan.
 
SMK Perempuan Sandakan merupakan antara 10 sekolah terbaik SPM Negeri Sabah bagi tahun 2022 dan juga merupakan antara 8 sekolah bandar yang mendapat lonjakan terbaik SPM 2022.
Bagi memberikan pengalaman sesi pembelajaran yang dinamik, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan program ini kepada semua guru-guru SMK Perempuan Sandakan bagi memenuhi keperluan perkembangan kepelbagaian multimedia dalam pendidikan pada zaman ini.
 
Seramai 40 orang guru-guru telah mendapat pendedahan awal berkenaan penggunaan Canva yang disampaikan oleh En. Nasri Bin Kipple, Pen. Pegawai Teknologi Maklumat. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Suharteny Zakaria serta Jawatankuasa SMK Perempuan Sandakan kerana berjaya menyelaraskan program ini.
 
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures