7 September 2023 | Khamis - ILP Sandakan dengan kerjasama NIOSH Sandakan telah mengadakan sesi pentauliahan Oil & Gas Safety Passport (OGSP) kepada barisan pengajar ILP Sandakan bertempat di Pejabat NIOSH Cawangan Sandakan, Sabah.
OGSP merupakan satu program pentauliahan kepada individu bekerja dalam sektor Minyak dan Gas yang akan diberikan pendedahan berkenaan hazad, penilaian risiko, langkah keselamatan dan tindakan pencegahan dalam industri tersebut. Kursus ini ditawarkan khas oleh semua cawangan NIOSH di seluruh Malaysia.
Seramai 10 orang kakitangan dengan latarbelakang bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrik telah menyertai dan berjaya dalam sesi pentauliahan tersebut yang meliputi taklimat teori serta penilaian pengetahuan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan!
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan