msen
19 Ogos 2023 | Sabtu - ILP Sandakan telah menyertai Program Jelajah Genta Belia peringkat Bahagian Sandakan anjuran Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang bertempat Dewan Yu Yuan Batu 4 Sandakan, Sabah.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YB Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen P.186 Sandakan. Selain itu, seluruh agensi kerajaan, ILKA & IPTS serta Persatuan Belia khususnya di daerah Sandakan turut hadir menjayakan program serta melaksanakan promosi agensi/institut masing-masing.
Jelajah Genta Belia 2023 memfokuskan kepada tiga pengisian utama iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.
 
Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia berhubung inisiatif terkait peluang ekonomi secara lebih kerap supaya mereka dapat meneroka kepelbagaian sektor dan kaedah terkini untuk meningkatkan keupayaan diri. Menerusi jelajah ini, belia bersama-sama komuniti dapat melaksanakan aktiviti meliputi kegiatan ekonomi yang akan memberi impak secara langsung kepada pemerkasaan ekonomi.
Pihak institut juga tidak ketinggalan untuk memberi pendedahan berkenaan pendidikan aliran kemahiran, keusahawanan serta peluang menyertai Kursus Jangka Masa Pendek yang ditawarkan di ILP Sandakan.
 
Pihak ILP Sandakan turut menghantar barisan pegawai iaitu En. Syed Mohd Yusri bin Syed Yusoff, En. Shaharul Bin Abu Talib, En. Ibrahim Bin Lamusa serta 30 orang pelajar ILP Sandakan yang mewakili Bengkel Teknologi Telekomunikasi & Komputer Rangkaian bagi memberi pendedahan berkaitan drone dan pertunjukkan pengendalian mini drone.
 
Diharapkan dengan program ini dapat memperkasa usaha kerajaan dalam mengangkat sosioekonomi golongan belia dan pendedahan pendidikan aliran TVET khususnya ILP Sandakan dapat disampaikan kepada komuniti di Sandakan.
 
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"

Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan

Empowering Skills, Igniting Futures