10 Ogos 2023 | Khamis - ILP Sandakan meneruskan kolaborasi bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan merangkap rakan strategik institut sebagai aktiviti kokurikulum pelajar khususnya semester 1 & 2 yang menjadi syarat wajib untuk dipersijilkan pada sesi 2/2023.
Perbincangan yang berdurasi selama hampir 40 minit itu telah dipengerusikan oleh Ts. Suhaidi Bin Mustar, Timbalan Pengarah (Latihan) ILP Sandakan, turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pertahanan Awam Sandakan iaitu Kapten (PA) Sulaiman Bin Salama, Leftenan Muda (PA) Irwan Nusu serta Encik Awang Yusuf bin Awang Damit, Timbalan Pengarah (Operasi) dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL). Pembentangan silibus/modul kursus asas dan kursus lanjutan juga turut diperhalusi agar pelaksanaan tercapai mengikut kesesuaian institut.
Pihak ILP Sandakan berharap agar jalinan kerjasama dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum pelajar dapat direalisasikan mengikut kesesuaian kursus/silibus JPAM yang telah dibincangkan agar pelajar mendapat manfaat secara terus serta memberi pendedahan awal perkhidmatan sukarela kepada masyarakat luar tanpa mengira bangsa, agama dan kefahaman.
Timbalan Pengarah ILP Sandakan juga memberi galakkan kepada pegawai/kakitangan institut yang berminat untuk menyertai Pegawai Kehormat Dan Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) agar menjadi role-model kepada pelajar-pelajar.
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"