8 Ogos 2023 | Selasa - Pihak ILP Sandakan telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari SMK Terusan, Lahad Datu yang diiringi oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling iaitu Cikgu Mapatan Bin Sudin, Cikgu Ramadhania & Naib Yang Dipertua PIBG iaitu Sarjan Khairul serta 21 orang pelajar.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberikan pendedahan dan mempromosikan pendidikan TVET kepada pihak sekolah khusus pelajar bakal lepasan SPM yang hadir. Pihak SMK Terusan Lahad Datu berpeluang untuk melihat demonstrasi pelaksanaan pembelajaran TVET di Bahagian Teknologi Telekomunikasi dan Bahagian Teknologi Automotif.
Selain itu, pihak Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) yang diwakili oleh En. Ibrahim Bin Lamusa bagi menyampaikan taklimat pengenalan berkenaan ILP Sandakan serta cara-cara menyertai ILP Sandakan sebagai platform untuk mendalami pendidikan aliran TVET.
Program lawatan ini telah mendapat sokongan dan respon yang baik dari kedua-dua pihak serta mencapai objektif yang telah disasarkan. Semoga program seperti ini lebih giat dijalankan dan mampu memberi impak positif mempromosikan pendidikan aliran TVET khususnya di ILP Sandakan kepada masyarakat setempat di negeri Sabah.
"𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏"
#𝗧𝗩𝗘𝗧 #𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠 #𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠 #𝗞𝗦𝗠
#𝗜𝗟𝗣 #𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 #𝗝𝗠𝗧𝗜
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹
#𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶_𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠