Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada RTM Sandakan yang telah berkolaborasi bersama ILP Sandakan dalam menjayakan Majlis Pertukaran MoA & Perasmian Akademi Daikin pada 15 Julai 2023 yang lalu.
Khidmat kepakaran serta perkongsian teknikal perjalanan majlis dari pihak RTM Sandakan telah banyak membantu barisan jawatankuasa dalaman institut untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Barisan Pasukan RTM Sandakan yang diketuai oleh Tn. Sugiman Bin Rafai diiringi bersama En. Badran Durasik, Pn. Sarina Harto, En. Saimin Burhan dan En. Suaib Cajapar sentiasa bersama-sama jawatankuasa dalaman institut dari perancangan awal sehingga majlis selesai.
Semoga kerjasama ini akan berterusan di antara kedua-dua agensi dan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Sandakan.
Terima kasih RTM Sandakan!
"Be Inspired, Be Extra Ordinary, Be World Class With TVET"
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #KSM
#ILP #ADTEC #JMTI
#lifelonglearning
#SkillsMalaysia2
#SKilIS4AIl
#ilpsandakan